Blog Owner!

Assalamualaikum!! :D Salam ukhwah fillah. Welcome to my fantasy world. I'm Paten a.k.a Patenlaa , the owner of this Blog . Be nice here. I'm not perfect and still learn to be a true Muslim. InsyaAllah :) Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Hate my blog?click Here


Blog Cik Paten :D
Monday 14 March 2016 • Monday, March 14, 2016 • 0 Sweet hearts

Assalamualaikum
Bissmillahirrahmannirahim..

Alhamdulillah~ Masih diberikan nikmat hidup oleh-Nya, masih mampu menikmati nikmat-nikmat-Nya yang terindah. ALHAMDULILLAH~ ;) Dah nak setahun aku tak usik blog aku ni. ^_^

Harini aku nak cerita pasal perancangan. Aku memang sejenis manusia yang bangun tidur dah plan nak buat apa sepanjang hari. Sebab aku tak suka hari aku berterabur. Kalau aku bangun tidur, tetiba ada agenda-agenda yang tak termasuk dalam list plan aku, confirm aku akan moody. Itu aku. Namun begitu, tak semua yang aku rancang berjalan lancar.

Baru-baru ni, aku demam seminggu masa dah nak dekat nak balik UPSI. Mulut dok sebut-sebut teringin nak demam sebab lama tak demam. Allah makbulkan, bagi cash demam seminggu. Masa tu aku dah gelabah la gak sebab dah nak balik UPSI, tiket pon dah beli. Demam tak kebah-kebah. Siap masuk kecemasan malam sebelum balik UPSI. Kena buat ujian darah dan masuk air dalam badan campur gastrik masa tu. Haa~ nampak tak?? Bukti-bukti Allah tu MAHA MENDENGAR. Sebab tu kita kena mintak yang baik-baik. Mintak demam Allah bagilah demam seminggu. Balik laa UPSI lambat seminggu. Orang lain kuliah 14 minggu, Aku kuliah semua sekali 13 minggu je.

Disebalik demam aku itu, ada juga hikmahnya. :) Masa aku cuti sakit kat rumah, masa tu hari jumaat. Tetiba aku dapat berita yang aku kena praktikum sem ni. Praktikum sambil kuliah. "SERIUSLAH???!!!" Tu respon aku masa dengar berita tu. Aku rasa dunia aku gelap sekejap. Masa tu tengah kemas barang nak balik UPSI. Sambil-sambil lipat baju tu kejap menangis kejap ketawa. Emosi masa tu memang kelaut. Sebab hari isnin dah lapor diri kat sekolah masa tu. Memang tak jangka langsung kena lapor diri kat sekolah. Kan aku da cakap aku ni jenis yang suka buat perancangan awal. Confirm laa yang pasal praktikum tu tak termasuk dalam list plan aku untuk semester 6 ni. Masa tu otak dok fikir pasal plan nak buat part time masa study, plan nak ambil lesen masa hujung minggu, plan nak tarik subjek semester 8 supaya masa tu boleh fokus kat thesis. Semua plan aku jadi kucar kacir.

Hikmah aku sakit sebelum balik UPSI ni, Allah tahu yang aku akan kurang rehat sepanjang semester 6 ni. Allah nak bagi aku rehat sebelum lalui perancangan-NYA untuk aku. ALHAMDULILLAH :')

Aku merancang dengan CITA, tapi Allah merancang dengan CINTANYA. :)

Sejak dari peristiwa ni, aku mengambil pengajaran untuk diri aku sendiri. Jangan terlalu berharap terhadap setiap perancangan aku akan jadi kenyataan. Allah punya perancangan PASTI lebih baik untuk aku.

Alhamdulillah~ Aku dah lalui dua minggu praktikum di sekolah ni. Aku seronok jumpa pelajar-pelajar kat sekolah. Aku rasa cita-cita aku untuk menjadi seorang pendidik dah tercapai walaupun ni hanya praktikum sahaja. Aku harap aku dan rakan-rakan seperjuangan akan diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan sepanjang tahun ni. Amin~ InsyaAllah :)

WASSALAM


Listen here!!



Salam Ukhwah!


Don't use harsh word


Advertise





Template By: Her
Base code: Her
Some stuff: