
|
Thursday, 1 August 2013 • Thursday, August 01, 2013 • 0 Sweet hearts Assalamualaikum
Bissmillahhirrahmannirrahim....
Alahmdulillah~ masih bernafas lagi pada hari ni. :) Apa khabar iman kita?? Tepuk dada, tanyalah iman. Sempat lagi kan? Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. :) Sebenarnya dah nak hujung ramadhan dah. Okey~ *mood sedih* Sekejap je ramadhan bersama kita. Rasa tak puas sangat nak bersama dengan ramadhan. Mungkinkan kita akan berpeluang untuk bersua lagi wahai Ramadhan?? :') Ramadhan kali ni mungkin berbeza sangat dengan ramadhan yang sebelumnya. Alhamdulillah~ Aku semakin mengerti makna bulan ramadhan. :) Tahun ni ramadhan terakhir aku berpuasa dengan family aku. Tahun depan kalau panjang umur, aku bakal berpuasa diperantauan. InsyaAllah~ :) Alhamdulillah~ Allah tarik cinta hati dihati aku, Allah gantikan dengan berita kegembiraan yang tak terhingga. Doa aku dimakbulkan Allah. InsyaAllah~ Aku bakal bergelar seorang cikgu. :) Perak, please be nice with me?? *mukacomel.jpg* Bermula dari hari ini, tinggal sebulan je sebelum aku memulakan hidup sebagai seorang mahasiswi di UPSI :) Sepanjang bulan ramadhan ni, aku tolong mak angkat aku berniaga kat bazar Taman Intan. Mak angkat aku tu aku panggil ibu. :) Ibu tokeh air soya tau. Air soya ibu memang THE BEST!! *promote* hihi. Aku tak pandai buat kerja-kerja berniaga ni. Alhamdulillah~ banyak sangat yang aku belajar masa bekerja kat bazar. Ibu selalu cakap kat aku "Belajar bungkus air soya ni kat U takda belajar tau. Dengan ibu je paten belajar bungkus air soya." Okeyyy~ Ayat ibu memang buat aku tacing. Tahun depan aku mungkin tak berkesempatan nak tolong ibu kat bazar. :') Aku dah pandai bungkus air soya selepas seminggu beketja dengan ibu. Sekarang ni aku memang suka bungkus air soya. hihi.
Dah hujung-hujung bulan ramadhan ni jangan lupa kejar malam lailatul qadar tau. Jom sesama kita mengejar ganjaran pahala di bulan yang mulia ni. Semoga ramadhan kali ini membawa pengertiaan yang bermakna buat kita semua. Nanti kalau ada masa aku update blog lagi yerr. :)
Wassalam.
|
|