
|
Thursday, 26 September 2013 • Thursday, September 26, 2013 • 2 Sweet hearts
Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula kaki kiri,
Terkadang pakai redah sarung kasut orang lain tanpa disedari.
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa macam nak lempang muka orang tu laju-laju without mercy.
Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa,
Kerana apa?
KERANA DIA JUGA MANUSIA BIASA.
Malam ni aku rasa tak sedap hati sangat. Aku rasa seolah-olah semua orang sedang menilai diri aku. Maaf~ Aku masih lagi belajar untuk memperbaiki diri. Mungkin perlakuan aku memalukan mereka yang bertudung labuh, berpurdah~ Aku mintak maaf sangat-sangat. Kekadang aku terlupa. Oleh itu, tolong tegur aku. Manusia mudah lupa kan?? Jangan risau. Belum ada kes yang kena makan dengan aku sebab tegur aku. :) Aku akan terima teguran dan kritikan itu dengan hati yang terbuka. InsyaAllah~ :) Tanpa teguran tersebut, mungkin aku akan terus hanyut melakukan kesilapan. Tolong ajar aku untuk menjadi wanita SOLEHAH. Please? :') Aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Sebab apa? Aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya tingkah laku aku ada menguris hati sesiapa. :') Izinkan aku untukterus memperbaiki diri aku.
Wassalam
|
|