Blog Owner!

Assalamualaikum!! :D Salam ukhwah fillah. Welcome to my fantasy world. I'm Paten a.k.a Patenlaa , the owner of this Blog . Be nice here. I'm not perfect and still learn to be a true Muslim. InsyaAllah :) Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Hate my blog?click Here


Blog Cik Paten :D
Sunday, 25 May 2014 • Sunday, May 25, 2014 • 0 Sweet hearts

Assalamualaikum
Bissmillahirrahmanirrahaim...

Alhamdulillah~ masih diberikan peluang hidup pada hari ini. :) Sejak akhir-akhir ni aku memang sibuk sangat. Dah nak final exam pon, assignment still tak hantar lagi. Ada dua subjek lagi. Bukan sebab aku tak nak hantar tapi lecture aku mintak baiki lagi. Dia nak bagi A. "Nak A tak?? Kalau nak buat lagi sekali. Buat kerja yang berkualiti." - DR. A. Memang bengkek jee muka aku masa tu. Nak A punya pasal. Aku buat lagi la jawab nyerrr~ Huuu~~ "Sabar paten!! Benda kecik je. Boleh settel ni!!" *Motivasi diri* hehe :D

Bulan ni aku banyak belajar perkara baru. Aku belajar kenal erti sabar, erti kawan, erti jujur dan erti bersangka baik ni. Aku akan kupas isu ni satu persatu keyh ;) Aku dah lama tak update blog kan?? Ni peluang aku nak membebel sepuas-puas hati aku. Hahaha :D

Erti sabar. Orang cakap ni sabar ni ada had. Antara dialog yang orang selalu guna "Kau jangan sampai aku hilang sabar!!" "Sabar aku ni ada tahapnyer." "Aku dah hilang sabar!!" Normal kan orang guna ayat ni. Aku pon. hihi *gelak tutup mulut* xp Sebenarnya, sabar ni takda had pon. Kita sendiri yang letak limit pada kesabaran kita ni. kan?? Betul tak? Aku pon macam tu. Hm, Paling susah nak bersabar, bila tengah marah syaitan mula la nak cucuk-cucuk hati kita ni dengan bahang kemarahan.  Sebab tu ada yang tak boleh sabar. Dia tak boleh kawal diri daripada mendengar hasutan syaitan. Senanf citer la, sabar ni mindset kita. Ubah mindset kita. Cakap pada diri sendiri. "AKU BOLEH BERSABAR!!" Hari-hari cakap macam tu, insyaAllah, kita akan jadi seorang yang penyabar. :)

"Wahai orang yang beriman, Mintaklah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang sabar."
Surah Al-Baqarah (2:153)

 Kawan yang baik. Kawan yang akan menjaga aib kawannya sendiri. Sentiasa mendoakan. Menerima setiap kebaikan dan keburukan kawannya. Menegur sekiranya kawannya melakukan kesilapan. Jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati. Bagi aku, ini adalah nilai kawan. Alhamdulillah~ aku dikurniakan kawan yang macam ni. Walaupon ada gaduh-gaduh, gurau kasar, kutuk-kutuk sesama sendiri. Kami masih berkawan bahkan semakin rapat antara satu sama lain. Part yang paling best, BILA RINDU :') Sweet sangat perasaan ni. Masing-masing belajar jauh. Aku kat Perak. Ada yang kat Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Pahang~ Jauh-jauh la yang penting. Alhamdulillah~ sampai sekarang kami masih berhubung. Allah masih jaga perhubungan kami ni. Semoga persahabatan ini kekal sampai syurga nanti. Amin~ InsyaAllah :')

Kejujuran itu penting dalam sesebuah perhubungan. Tak semestinya dalam hubungan suami isteri je. Hubungan persahabatan, adik beradik dan dengan mak ayah. Penting untuk bersikap jujur sekiranya perkara tersebut tidak mengaibkan orang dan memberi kebaikan. TETAPI!! Tak semua kejujuran itu akan memberi kebaikan kepada seseorang. Ada sesetengah perkara, mungkin jalan terbaik kita simpan dan berkongsi kepada Allah. Allah Maha Mendengar. Mengadu kepada-Nya akan membuat hati berasa lebih tenang. Aku jamin!! :) Mungkin bila kita jujur terhadap seseorang itu, orang itu boleh terima dengan terbuka. Ada juga sesetengah orang tak boleh terima dengan terbuka dan kejujuran itu telah menyakitkan hati lalu menyebabkan hubungan itu berubah dan tak sama macam dulu. JUJUR ITU SANGAT MENYAKITKAN. Fikir masak-masak sebelum bersikap jujur. Jujur itu memang baik dan bagus. Tetapi kalau kejujuran itu akan merosakkan perhubungan, sebaik-baiknya simpan je dalam hati. Kalau rasa bersalah pon sebab tidak bersikap jujur, mengadu pada Allah. Mintak petunjuk kepada-Nya sebelum buat keputusan. :)

Bersangka baik :) Aku memang tengah didik diri aku untuk bersangka baik. Bukan mudah untuk bersangka baik. Syaitan sentiasa menghasut kita untuk bersangka buruk kepada orang. Hati tu kena jaga. Jangan terlalu mudah untuk menghukum orang dan menilai orang. Siapa kita untuk menilai orang? Aku paling takut bila aku bersangka buruk pada orang. Secara tidak langsung diri aku akan berfikiran negatif terhadap orang lain. Bila keadaan ini terjadi, tak best la kan?? Baru-baru ni, aku ada pergi melawat sebuah tempat perlindungan wanita. Tergamam masa aku datang sana. Wajah penghuni kat situ sangat menenangkan hati bila pandang wajah mereka. Kenapa?? Sebab NUR hati mereka terpancar kat wajah mereka. Subbahanallah~ :') Malu sangat aku masa tu sebab sebelum datang situ aku dah bersangka buruk dengan penghuni kat situ. :'( Masa tu juga hati aku tersentap. Mungkin ini teguran Allah kepada aku supaya aku bersangka baik dengan orang lain. Pengajaran untuk aku. Alhamdulillah~ aku bersyukur sebab Allah tegur hati aku. Allah masih bimbing hati aku untuk bersangka baik dengan orang lain. :')

Tu je kot aku nak share hari ni. Nanti aku update lagi yerr. Aku nak mintak maaf sekiranya aku ada menguris hati sesiapa melalui penulisan aku ni. Doakan aku kuat hadapi setiap dugaan yang mendatang dalam hidup ini. :') Semoga kebaikan korang Allah balas dengan setimpalnya. Amin ya rabbi~ :')

Listen here!!



Salam Ukhwah!


Don't use harsh word


Advertise





Template By: Her
Base code: Her
Some stuff: