
|
Monday, 13 April 2015 • Monday, April 13, 2015 • 0 Sweet hearts Assalamualaikum
Bissmilahirrahmannirrahim..
Alhamdulillah~ Aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Aku mula sedar tentang indahnya nikmat sihat yang Allah berikan kepada aku. Kalau dulu aku selalu merungut, "Bila nak demam ni? Malas nak datang kelas." Aku punyalah tak hargai nikmat sihat yang Allah berikan. ;'( Sekarang ni aku sedar, harta bertimbun-timbun, duit berkepuk-kepuk...tidak ada nilai bila nikmat sihat Allah tarik.
Citer ni bermula masa aku tengah nikmati minggu-minggu akhir cuti sem sebelum aku naik sem 4. Aku perasan ada benjolan kat ketiak sebelah kanan. Aku ingatkan tu biji angin. So, aku macam tak amik kisah sangat. Lepas dua tiga hari aku perasan benjolan tu, aku tetiba demam pulak. Risau gak aku. Tetiba je demam. Aku pon buat check up kat klinik. Dokter yang check aku tu cakap aku ada pembengkakan kelenjar sikit. Kecik jeee. Besar biji kacang katanya. Dokter bagi aku ubat antibiotik dengan ubat demam. Antibiotik tu aku kena makan selama 5 hari. Dokter cakap pembengkakan aku tu kecik je, boleh hilang lepas makan ubat. Aku pon percayalah bulat-bulat. Dokter yang cakap kan?? Aku percayalah. hehe. Aku pon balik rumah dengan hati yang senang. Yelaa..sakit aku ni tak serius. Rasa lega la jugak masa tu.
Tapi~~~ Lepas jumpa dokter, aku still demam. Aku tak boleh panas. Kalau aku panas, aku terus demam mengejut. Suhu badan aku panas yang amat laa. Tapi aku demam kejap je. Cuma demam dengan kerap. Hari-hari demam. Selera makan aku memang kelaut laa. Dah sakit mana ada selera makan. Hujung minggu tu aku kena balik UPSI. Aku still demam masa tu. Aku bergantung dengan ubat yang aku dapat dari dokter. Walaupun ubat tu macam takde bagi effect pape kat aku. Bahkan benjolan yang ada kat ketiak aku tu makin besar. Kat bahagian lengan aku pun ada benjolan yang sama. Sampai satu tahap aku tak boleh nak angkat tangan kanan aku. Sakit sangat :(
Aku kat UPSI hari-hari demam. Tengahmalam pon aku boleh demam tetiba. Kesian gak kat roomate aku. Susah payah carik panadol untuk aku. Aku tahan je sakit tu. Sebab minggu tu aku akan balik untuk cuti raya cina. Aku dah tekad nak g hopital pulak masa cuti tu. Aku tak berani nak g klinik kat UPSI sebab aku takut kalau aku sakit serius & kena tahan wad tetiba. Aku kalau boleh taknak bagi ibu dengan bak risau. Dah lah aku duduk kat Tanjung Malim ni jauh dari family. Aku pon bertahan je laa sampai aku balik Kluang masa cuti raya cina.
Masa cuti raya cina kat kluang, aku terus g hospital. Debor nak jumpa dokter tu macam nak tunggu result SPM. Tapi macam lagi dahsyat debor dia sebab ni berkenaan hidup dengan mati aku. Sepanjang tunggu giliran nak jumpa dokter tu. Tangan aku sejuk je manjang. Sampai giliran aku jumpa dokter. Aku tergamam sat. Sebab dokter aku masa tu dokter lelaki. Dalam keadaan darurat ni aku kena bagi kerjasama dengan dokter untuk membuat pemeriksaan kat badan aku. Ada nurse teman aku masa tu. Jangan risau. Kalau tetiba jumpa dokter lelaki masa buat pemeriksaan kat badan, make sure ada nurse temankan tau. Kita boleh mintak untuk ditemankan. :)
Dokter yang check aku tu masa pelik dengan aku, dia macam tak sure aku sakit apa. So, aku dirujuk dengan dokter bedah. Aku ada appoinment dengan dokter bedah lepas dua minggu. Maknanya aku kena balik Kluang lagi sebab nak jumpa dokter. Dokter bagi aku ubat antibiotik. Makan dua biji empat kali sehari, Vitamin C, pain killer sebab aku memang tak boleh nak angkat tangan dan panadol. Takut-takut aku still demam lagi, Mula-mula aku tengok ubat banyak-banyak tu. Aku tak makan pon. Sebab aku bukan jenis yang suka makan ubat. Dah nak dekat tarikh dengan dokter bedah. Baru aku start makan ubat. Hahaha. Takut punya pasal. Takut kalau tak makan ubat, nanti aku kena bedah. Boleh tahan gak degil aku ni. Pemalaihh nak makan ubat. Kalau dah sakit merengek-rengek. *tayang gigi* ^_^
Sampai laa masa untuk aku bersua muka dengan dokter bedah tu, Kat surat appoinment aku kena jumpa dokter pukul8.30 pagi. Aku pon dengan yakinnya g hospital pukul8 pagi. Sebab aku nak jumpa dokter cepat-cepat. Lepas jumpa dokter nak balik UPSI terus laa. Kononnya perancangan aku macam tu. Tetapi perancangan Allah sebaik-baik perancangan. Aku punya appointment dengan dokter kena tukar pukul2 petang. Ppftt~~ Aku dah la tak boleh tidur malam nak jumpa dokter. Lepas tu dah g hospital, appointment kena tukar petang pulak. Sakit pulak hati kita masa tu. Ni la masalah kalau buat temujanji dengan hospital kerajaan. Ikut suka dia je nak tukar waktu appoinment -.-"
Petang tu aku datang hospital semula. Aku datang awal. Last-last aku jumpa dokter dah nak pukul4. Hmm, dua jam aku tunggu. -.- Kalau tak sebab sakit, dah lama dah aku balik rumah. Sebab aku ni bukan yang terlalu sabar nak menunggu. Sakit hati kalau tunggu lama-lama.
Alhamdulillah~ dokter aku petang tu, dokter perempuan. :) Mula-mula dia check kat bahagian yang bengkak. Masa tu bengkak aku tu dah surut sikit. Effect makan ubat antibiotik tu, bengkak kat bahagian tangan dengan kat ketiak makin surut. :) Lepas tu dokter tu mintak nak buat pemeriksaan kat bahagian payudara aku. Dia cakap ni pemeriksaan biasa je. Aku pun redha je la. Malu tu memang malu. Tapi kena buat gak tak boleh nak elak. Masa dokter buat pemeriksaan tu la, dia jumpa benjolan kat area payudara aku, Aku punya cuak tu. Allah je yang tahu. Aku harap sangat tu benjolan yang biasa je. Tapi dokter mintak aku buat Ujian FNAC. Ujian tu amik tisu kat bahagian payudara lepas tu hantar kepada pihak makmal untuk buat ujian. Nak kesan samaada benjolan tu ada kena mengena dengan Kanser Payudara atau tak. Aku dah murung masa tu. Aku setuju buat ujian tu. Sebab kalau aku ada kanser dan dikesan pada peringkat awal. InsyaAllah kanser tu boleh dirawat. Dokter cakap buat ujian tu sakit sikit je. Macam kena gigit semut. Aku pon dengan yakinnya g buat ujian tu.
Aku takan lupa sakit buat ujian tu. Rupa-rupanya nak amik tisu ni sakit yang amat. Sebab dia cubit isi daging untuk dibuat sample. Bila aku teringat proses tu, aku terus terasa perit dia. Trauma kot aku rasa. Sakit yang amat sangat. Sengugut pun kalah. Serius. Aku tak tipu. *muka serius* Dua kali kot aku kena amik tisu. Sebab kali yang pertama isi daging yang dia amik tu tak cukup untuk buat sample. Aku macam nak meraung bila dokter cakap nak amik untuk kali kedua. Sakit yang pertama tak hilang lagi. Kena amik kali kedua. Mengalir air mata aku nak tahan sakit. Bukan setakat mengalir air mata tapi aku terjerit sekali. Sebab sakit sangat :( Lepas buat ujian tu, aku kena tunggu 6 minggu baru boleh dapat keputusan. Keluar dari bilik dokter. Aku punya gigil tahan sakit tu. Allahu~ Sakitnya :( Nak cakap pon tak larat. Nak nangis pon tak mampu. Sebab sakit sangat. Dah laa sakit. Lepas tu debor nak tahu keputusan. Aku dapat MC lama lepas buat ujian tu. Sebab kesan daripada buat ujian tu aku akan rasa macam nak demam. Lepas tu rasa sakit kat bahagian yang amik tisu tu rasa sakit & bengkak. Seminggu laa aku tak datang kuliah & berehat kat rumah je.
Minggu pertama lepas buat ujian tu, aku memang kemurungan. Aku asyik fikir mati je. Aku rasa macam tak harapan nak hidup. Aku down sangat masa tu. Ubat yang dokter bagi. Aku tak makan langsung. Pemikiran aku tak rasional masa tu. Family aku tak putus-putus bagi sokongan moral pada aku. Alhamdulillah~ Aku mampu bangkit lepas tu, Aku makan ubat macam biasa. Sampai habis bekalan ubat tu. Bengkak kat bahagian ketiak pun makin surut. Kekadang je rasa sakit.
Kesan lepas aku sakit ni, badan aku memang rasa lain la. Selera makan memang takde. Asyik nak muntah je. Berat aku memang turun mendadak. Dalam masa sebulan berat aku turun hampir 6 kilo. Hm kurus kan? Aku sampai sekarang tak boleh nak buat aktiviti lebih-lebih macam orang lain. Sebab aku jadi cepat penat. Bila dah penat, aku asyik baring je. Aku bukan nak layankan sakit aku ni. Tapi dah memang keadaan aku macam ni. Alhamdulilah~ kawan-kawan aku kat sini faham keadaan aku. Dorang care sangat pasal aku. Sweet sangat. Rasa dimanjakan. Hiks!! :)
Aku masih menunggu keputusan ujian tu. Doakan aku dijauhkan daripada penyakit yang bahaya. Semoga aku masih diberikan peluang jalani hidup sebaik-baiknya sebagai hamba-Nya. :') Aku nak mintak maaf kat semua orang yang baca entry aku ni. Pada yang kenal aku sepanjang aku hidup ni. Aku mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Kalau aku ada buat salah, kalau aku ada berhutang dengan sesiapa. Tolong contact aku. Aku akan langsaikan hutang tu. InsyaAllah. Aku harap cerita aku ni jadi pengajaran kat orang lain. Betapa indahnya nikmat sihat yang Allah berikan. Jangan lupa bersyukur. Semoga sakit yang aku rasa ni, menjadi penghapus dosa-dosaku. :')
WASALAM
|
|