
|
Wednesday, 24 April 2013 • Wednesday, April 24, 2013 • 0 Sweet hearts
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk perbaiki diri aku. Aku dah jumpa diri aku. Berkat doa kawan-kawan dan family aku. Allah telah buka pintu hati aku. :') Jujur aku cakap sebelum ni aku jauh sangat dengan Allah. Aku bukan nak buka aib aku tapi aku harap sesiapa yang baca entry aku kali ni akan dapat pengajaran dari cerita aku ni. Aku terlalu leka meratap kesedihan aku. Aku lupa apa yang terjadi tu atas izin Allah. Allahuakbar!! Jauhnya aku dari allah masa tu. Aku cuba menyalahkan takdir. Aku tak redha dugaan yang Allah bagi pada aku. Berdosanya aku. Aku cuba melawan ketentuan Allah. :( Alhamdulillah, selepas aku disedarkan oleh seorang hamba allah. Aku temui diri aku semula. Aku sangat berterima kasih pada dia. Aku mula sedar, Allah uji aku sebab dia sayangkan hamba-Nya. Aku bersyukur sangat Allah tidak menempatkan aku dalam golongan yang sombong pada-Nya. Allah masih membuka pintu hati aku untuk kembali ke pangkal jalan. :)
Aku tertarik dengan tagline novel Setia Hujung Nyawa "Tidak ada insan suci yang tak punya masa silam, Tidak ada insan berdosa yang tak punya masa depan" Doakan aku kekal dengan diri aku ni. Insyaallah aku terus perbaiki diri aku. Semoga korang dapat pengajaran dari cerita aku ni
Wassalam :)
|
|