
|
Saturday, 27 April 2013 • Saturday, April 27, 2013 • 0 Sweet hearts
Assalamualaikum. :)
Alhamdulillah~ Allah masih memberi peluang untuk aku terus memperbaiki diri aku. :) Aku semakin tenang sekarang ni. Aku mencari kekuatan dalam kelemahan diri aku. Haa~ Pening ler tu. Macam mana nak cari kekuatan dalam kelemahan? Biar aku je la yang faham. hehe :P Topik kita pada hari ini Kebenaran. Bagi aku la, kebenaran ni memang akan terbongkar bila diizinkan Allah. Memang apa yang berlaku kat dunia ini atas izin Allah. Allahuakbar!! Sama juga dengan kebenaran. Kebenaran akan terbongkar bila tiba waktunya. Mungkin ada sesetengah individu yang cuba sembunyikan kebenaran sebab dia takut kebenaran tu akan membawa keburukan pada dirinya. Mungkin juga ada sesetengah individu cuba menyembunyikan kebenaran atas dasar kepentingan diri sendiri. Masyaallah~ Sedar tak korang bahawa Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa keatas setiap kejadian? Apa yang cuba kita sembunyikan akan terbongkar lambat-laun. Aku bukan nak bajet baik or bajet alim or whatever~ Tapi betul la kan apa yang aku cakap ni?? I'm right? Do you agree? Sebenarnya, aku post entry ni sebab aku baru je tahu kebenaran yang cuba disembunyikan oleh seseorang. :) Aku tak marah bila tahu kebenaran tersebut. Cuma aku pelik. Kenapa dia tak nak mengaku perbuatan dia? Adakah dia tak nak bertanggungjawab atas perbuatan dia tu? Tak kisah lah. Insyaallah, aku selalu doakan yang terbaik untuk dia. :)
Wassalam :)
|
|