
|
Saturday, 11 May 2013 • Saturday, May 11, 2013 • 0 Sweet hearts
Assalamualaikum :)
Bismillahhirrahmannirrahim....
Hari ni 11 Mei 2013 bersamaan 1 Rejab 1434h. Alhamdulillah~ Allah masih memberi aku peluang untuk terus memperbaiki diri dan mencari keredhaan-Nya dimuka bumi ni. :') Kita belajar dari kesilapan yang kita lakukan semalam keyh. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan setiap urusan kita ni. InsyaAllah~ :')
Hm, Apa yang korang rasa bila tengok orang yang korang sayang dengan orang lain? Sedih tak? Kecewa tak? Jawapannya mesti la SEDIH GILER kan? Sama la jugak dengan aku. :') Aku ni manusia biasa je. Tak sempurna mana pon. Ada keinginan untuk disayangi dan dicintai.
Biasa laa perempuan kan?? Mudah percaya dengan janji lelaki. BERJANJI SEHIDUP SEMATI. SETIA HINGGA HUJUNG NYAWA. Tapi akhirnya aku yang ditinggalkan selepas aku dah sepenuh hati sayang dan cinta pada dia. :') Tu salah aku ke?? Jawapannya MEMANG SALAH AKU. Kenapa percaya pada janji lelaki yang tidak pasti? Sedangkan janji Allah itu pasti. Kenapa serahkan hati dan perasaan kepada lelaki yang tak pasti lagi menjadi yang halal untuk aku?? hmmm~ Itu kesilapan aku. Aku mengaku. :') Bila dah ditinggalkan mula laa nak meroyan bagai. Betul tak? Sebab aku pon sama. :') "Bila dah diduga macam ni baru nak ingat Allah." Mesti ada yang gelakkan aku or mybe ada yang cakap padan muka aku. Its okey. :) Sekurang-kurangnya aku dah sedar kesilapan aku. Aku belajar dari kesilapan aku. Kalau laa aku tahu jalan yang aku pilih sekarang ni memberi ketenangan yang aku tak pernah rasa sebelum ni, aku mesti takan buat silap yang aku dah buat sebelum ni. :') Sesungguhnya Allah tu Maha Adil pada hamba-hamba-Nya. Allah bagi aku rasa kepahitan dalam hidup aku sekarang ni dan suatu hari nanti Dia janjikan kebahagiaan yang tak terhingga untuk aku dan hamba-Nya yang lain. :') Aku percaya pada janji Allah. Allahuakbar!!
Mungkin dia bukan milik aku. Andai ada jodoh, pasti aku dan dia akan bersatu, :)
Hijrah itu indah. Semoga aku kekal dengan perubahan aku ni. Doakan aku kekal dengan perubahan aku ni.
"Hidayah tu milik Allah.
Hidayah Allah takan datang sendiri.
Kita kena cari sendiri." :')
Wassalam :)
|
|