Blog Owner!

Assalamualaikum!! :D Salam ukhwah fillah. Welcome to my fantasy world. I'm Paten a.k.a Patenlaa , the owner of this Blog . Be nice here. I'm not perfect and still learn to be a true Muslim. InsyaAllah :) Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Hate my blog?click Here


Blog Cik Paten :D
Saturday, 1 June 2013 • Saturday, June 01, 2013 • 2 Sweet hearts

Assalamualaikum...

Bismillahhirahmannirrahim..

Alhamdulillah~ Aku masih diberi peluang untuk bernafas dan memperbaiki kesilapan yang telah aku lakukan. :') Dah lama sangat aku tak update blog aku ni. Dah berhabuk bagai dah. Pppuuuhhhh!! Puuuuhhhh!! *tiup habuk* kihkihkih~ :P Saje je nak berdrama sikit. Boleh kan?? Kalau tak boleh pongg pedulik hape aku. hehe. :P Aku agak busy sejak dua menjak ni. Ceehh~ Gaya macam Perdana Menteri Malaysia kan?? huhu. Terlalu banyak benda yang aku kena uruskan bulan ni. So, jangan pelik la kalau enrty kali ni agak panjang. Banyak sangat yang aku nak cerita. *muka comel* Kalau dah rasa boring dengan starting entry aku ni. *cepat-cepat tekan pangkah* Aku tak kisah pongg~ :)


Okeyy!! Done for introduction. :)

"Hidayah tu milik Allah,
Hidayah takan datang bergolek kat kaki kita,
Kita kena berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah."

Dulu aku biasa-biasa je. Sama je macam remaja lain. Cara pemakaian aku, gaya hidup aku~ Hm, Senang citer arr, dulu aku punya prinsip hidup, "At least aku pakai tudung, At least aku solat, At least aku puasa masa bulan Ramadhan"  Semua yang aku buat asal boleh je. Aku tak pernah nak hayati apa makna aku buat semua tu. Aku khilaf dulu. Aku hanya fikirkan keseronokan dunia je. Allahu~ :'(

Alhamdulillah~ Akhirnya aku sedar. Aku sedar yang aku tak boleh teruskan kehidupan aku dengan gaya hidup aku amalkan sebelum ni. Niat nak berubah tu dah lama ada. Tak tahu kenapa. Macam susah sangat nak laksanakan niat aku tu. Aku sedar apa yang aku miliki selama ni milk Allah. Sekelip mata je aku hilang semua rasa bahagia aku. :') Semua tu silap aku. Aku tak pernah bersyukur dengan nikmat Allah.

Semua yang berlaku kat aku atas izin Allah. Dengan izin Allah, aku jumpa hidayah yang selama ni aku cari. Punca ketenangan diri dan hati aku. Alhamdulillah~ :')

Mula-mula aku perbaiki solat fardu aku. Lepas tu, aku mula terfikir, "Aku solat 5waktu cukup sehari semalam, tapi Allah terima ke amal ibadat aku ni??" Selama ni aku fikir pakai tudung tu dah mencukupi syarat menutup aurat. Sebenarnya tak cukup lagi. Aku hanya pakai tudung tapi aku tak ubah cara pemakaian aku. Aku takut Allah tak terima amal ibadat aku. Aku mula ubah cara pemakaian aku. Aku risau sangat aku akan mati dalam keadaan kemungkaran. Allahu~ :(

Pada 11 Mei 2013 bersamaan 1 Rejab 1434h, terbuka hati aku untuk menutup semua aurat aku. Dulu aku tak pakai stokin kalau keluar memana. Aku tak terfikir pon yang kaki tu aurat. Walaupun aku tahu lengan tu aurat tapi aku still pakai baju lengan pendek. :( Masa hati aku terbuka untuk menutup semua aurat aku tu. Aku takda stokin pon nak tutup kaki aku. aku takda handsock pon nak tutup lengan aku.  Pada keesokan harinya, aku keluar ke bandar untuk beli stokin dan handsock. Masa nak keluar rumah tu aku takut sangat, sebab aku tak menutup aurat dengan sempurna. Allah tahu niat aku. :) Alhamdulillah~ Aku berjaya beli stokin dan handsock. Aku beli kat KP je. Aku terus pakai stokin lepas beli tu. Mula-mula rasa kekok sangat. Dengan cuaca yang agak panas. Semua tu sangat menguji kesabaran aku. Akhirnya, aku mula selesa dengan perubahan yang aku buat kat diri aku ni. :D

Cara yang betul untuk menutup aurat :)


Jangan pelik laa kalau nampak aku pakai tudung dua lapis. Buat masa ni aku pakai tudung bawal lagi. Sebab aku takda koleksi tudung yang labuh-labuh. Tudung bawal tu jarang. So, aku pakai tudung syria kat dalam. Aku dah tak pakai seluar jeans lagi. Sebab seluar jeans tu menampakkan bentuk kaki aku. Aku lebih banyak pakai skirt or baju kurung. Aku takda koleksi baju muslimah. Aku tengah kumpul duit ni. hee~ ^__^  *kalau ada yang baik hati, boleh ar belanja aku baju muslimah sepasang* kihkihkih~ :P Aku gurau je ar. ;)

Hanya Allah je tahu ketenangan yang aku rasa selepas berhijrah ni. Namun begitu, disebalik penghijrahan aku ni, aku masih diuji Allah. Ada yang tak boleh terima dengan perubahan aku. Ada yang cakap aku ni bajet alim laa. Bajet ustazah laa. Tak kurang gak ada yang ungkit masa silam aku. Hm, Terus terang aku cakap, aku memang sedih dengar semua tu. Lah tahzan innaallaha ma'anna. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersamamu. :') InsyaAllah, aku takan putus asa dengan mudah. Aku anggap apa yg aku lalui sekarang ni adalah kifarah dosa-dosa aku. :') Jangan hiraukan pandangan orang lain. Utamakan pandangan Allah terhadap diri kita. Buat apa yang Allah suka. Tinggalkan apa yang Allah larang. :)

Alhamdulillah~ :')

"Sehitam mana sekalipun sejarah hidup kita, selagi kita bernyawa, Insyallah kita tetap berpeluang menjadi AHLI SYURGA." #SelfReminder  

That's true. :) Tidak ada seorang manusia pun yang layak menentukan samada tempat kita di neraka atau di SYURGA. :')


Wassalam :)

Listen here!!



Salam Ukhwah!


Don't use harsh word


Advertise





Template By: Her
Base code: Her
Some stuff: