Blog Owner!

Assalamualaikum!! :D Salam ukhwah fillah. Welcome to my fantasy world. I'm Paten a.k.a Patenlaa , the owner of this Blog . Be nice here. I'm not perfect and still learn to be a true Muslim. InsyaAllah :) Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Hate my blog?click Here


Blog Cik Paten :D
Sunday, 2 June 2013 • Sunday, June 02, 2013 • 2 Sweet hearts

Assalamualaikum...

Bismillahhirrahmannirrahim...

Alhamdulillah~ Aku masih diberi peluang untuk terus memperbaiki diri aku ni dan terus berjuang untuk memperoleh kemanisan iman. InsyaAllah~ :) Sebelum baca entry aku ni, make sure korang dah tunaikan suruhan-Nya yang wajib. Jangan biarkan Dia tunggu lama-lama. :) Jangan risau entry aku ni takan hilang ar. hehe. :P

Topik kita pada hari ni ialah "Apa itu Usrah??" *cehh~ konon-konon macam buat rancangan kat tv la ni* hehe. :P Aku saja je nak cerita pasal usrah ni. Sebab ada segelintir golongan masyarakat kita mempunyai pandangan negatif terhadap usrah ni. "Tak kenal maka tak cinta" So, aku nak perkenalkanlah apa itu usrah. Hope lepas ni korang yang ada presepsi buruk terhadap usrah ni akan ubah laa tanggapan korang tu. #UbahLah #IniKaliLah. hehe. :)

Apa itu Usrah? Dalam bahasa arab tertulis  الاسرة bererti keluarga. Pengertian Usrah ialah usrah Islamiyyah (sebuah keluarga Islam). Keluarga Islam ialah keluarga yang mempunyai pertalian iman. Keluarga Islam tidak terbatas kepada pertalian darah semata-mata. Usrah terdiri ni terdiri daripada tiga rukun iaitu Ta'aruf, Tafahum dan Takaful.

Ta'aruf merupakan rukun pertama dan yang paling penting sekali. Tanpa ta'aruf takan terhasil dua rukun selepasnya. Pengertian ta'aruf ialah berkenalan. *kalau salah tolong tegur tau* Dalam usrah ni,  kita akan berkenalan dengan ahli usrah yang kita join tu. Dengan taaruf inilah akan lahir perasaan kasih sayang dan merasai ukhuwwah islamiyah yang sebenarnya. Ahli-ahli akan berusaha menghilangkan perkara yang boleh membawa kekeruhan dalam perhubungan.

Tafahum pulak bermaksud memahami. *kalau salah tolong tegur tau* Setelah kita mengenal seseorang pastikan kita tahu juga semua yang ia suka dan yang ia benci. Dengan memahami kita dapat memilih siapa yang boleh menjadi kawan bergaul kita dan siapa yang harus kita jauhi. So, sebagai contoh laa nak bagi korang faham. Si A datang ke rumah Si B. Si B tahu yang Si A ni tak suka minum kopi. So, Si B takan hidangkan kopi untuk Si A. Dari situ laa rukun tafahum dipraktikkan. :)

Takaful bermaksud ahli akan memikul beban ahli yang lain sebagai bukti ketinggian iman dan keluhuran ukhuwwah. Setiap ahli hendaklah saling berjanji setia untuk melakukan kebaikan, prihatin, segera membantu jika ada kesulitan yang menimpa ahli lain. Serendah-rendah takaful ialah memberi bantuan apabila diminta, paling sederhana ialah membantu dengan kadar hajat yang diperlukan dan takaful yang paling tinggi ialah memberi bantuan  walaupun tanpa diminta.

Usrah tu sesiapa pon boleh join. Tak kisah laa korang tu freehair or bertudung. Jangan takut laa. Join usrah tu tak semestinya kena berniqab, kena bertudung labuh. Kalau ada yang awal-awal join usrah tak pakai tudung. Lepas join usrah tu dorang pakai tudung. Semua tu berlaku atas kehendak diri masing-masing. Takda siapa pon yang paksa. :) Join je laa usrah ni. Best tau!! :D Kenapa aku cakap usrah ni best?? Sebab aku baru je join usrah. Dulu aku fikir aku tak layak nak join usrah ni. Aku rasa aku tak cukup ilmu nak join usrah.. Lepas tu aku rasa aku ni tak layak nak berkawan dengan ahli usrah. Nampak tak?? Tu tanggapan negatif aku terhadap usrah.

Kali pertama aku join Usrah Sakinah yang dianjurkan oleh group Bulatan Gumbira kat Facebook. Serius la aku cakap aku tak rasa tersisih or kekok pon dengan layanan ahli usrah yang lain. Aku rasa macam baru jumpa saudara yang terpisah lama. *bila citer cengini, aku terus rindu kat kawan-kawan Usrah Sakinah. :')* Apa yang ada kat dalam usrah tu?? Usrah tu tak semestinya bincang pasal agama je memanjang tapi ada diselitkan slot bercerita pasal pengalaman masing-masing, tips-tips diet, kecantikan, kesihatan dan lain-lain lagi la. :) Haa~ best kan?? Aku tak tahu laa nak gambarkan macam mana keseronokan join usrah ni. Korang join laa dulu. Baru korang tahu apa yang aku rasa. :)

Ni ahli usrah yang ada pada hari ni. Ada dua tiga orang lagi tapi takda dalam gambar. dorang balik awal. :)

Bilangan ahli usrah ni tak tentu. Kekadang ramai sangat sampai tak muat tikar. huhu. Usrah ni kat Tasik je. Agak berhampiran dengan rumah aku. hehe. Kalau boleh aku memang tak nak terlepas peluang join usrah ni.  Tiap-tiap minggu aku nak join usrah. Sebab USRAH NI SANGAT BEST!! :D 

Kalau ada kelapangan tu, meh laa join usrah. Jangan takut, jangan segan. Niat yang baik akan dipermudahkan Allah. InsyaAllah~ :)

Wassalam :)

Listen here!!



Salam Ukhwah!


Don't use harsh word


Advertise





Template By: Her
Base code: Her
Some stuff: