Blog Owner!

Assalamualaikum!! :D Salam ukhwah fillah. Welcome to my fantasy world. I'm Paten a.k.a Patenlaa , the owner of this Blog . Be nice here. I'm not perfect and still learn to be a true Muslim. InsyaAllah :) Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Hate my blog?click Here


Blog Cik Paten :D
Tuesday, 18 June 2013 • Tuesday, June 18, 2013 • 2 Sweet hearts

Assalamualaikum.. 
Bissmillahhirrahmannirrahim...

^_____^ *Senyum selebar yang mungkin* hehe. Ucapkan "Alhamdulillah" kat dalam hati or lafazkan kat mulut. Kerana kita masih lagi bernyawa pada hari ni. Allah masih lagi memberi kita pinjaman nyawa kepada kita. Alhamdulillah~ :')

:')

Aku semakin selesa dengan perubahan diri aku. Cara pemakaian aku pun~ Alhamdulillah~ Aku dah ubah. :) Apa yang aku ubah ni semua ikut gerak hati aku. Ada yang cakap perubahan aku ni terlalu drastik. Eh yeke?? *muka blur* hehe. Kenapa aku tak rasa macam tu ek?? Jujur aku cakap, apa yang aku buat ni, semua ikut gerak hati aku. Kalau dulu aku selesa dengan berseluar jeans, sekarang aku malu sangat kalau nak pakai seluar jeans. So, aku tak pakai lagi seluar jeans. Kalau dulu aku pakai tudung agak singkat, sekarang aku labuhkan sikit tudung aku agar melepasi dada. Apa yang aku buat ni atas keselesaan aku. 

Yang buat aku aneh, bila ada yang cakap aku berubah terlalu drastik. Hmmm, Sebenarnya kan~ kalau aku nak ikut cakap orang lain, nak hiraukan cakap-cakap orang lain. Sampai bila-bila pun aku takan berjaya ubah diri aku macam sekarang. Ada yang suruh aku beubah slow-slow. Okey~ Aku faham maksud korang yang tegur aku tu. Aku terima teguran korang. Cuma aku dah selesa dengan diri aku yang sekarang ni. Mungkin nampak agak drastik sikit tapi hati aku memang tak selesa dengan cara aku yang dulu. So, aku ubah la untuk keselesaan diri aku.

Ada yang risau aku tak istiqamah. Sebenarnya, aku terharu sangat sebab ada yang risaukan aku macam tu. Terima kasih korang!! :'D Alhamdulillah~ Sekarang ni aku berusaha untuk memastikan diri aku kekal dengan perubahan aku ni. Aku pun takut dengan perkataan "Istiqamah" ni. Berat kot nak bawak perkataan tu. Tambahan pula, aku ni baru je berhijrah. Tak sampai dua bulan pun aku berhijrah. Macam-macam boleh jadi kan?? Oleh tu, aku mengambil langkah untuk mendekati orang-orang yang solehah ni. Eh, bukan bermakna aku ni bajet solehah tapi aku berusaha untuk menjadi macam dorang yang solehah ni. Supaya kalau aku tersalah langkah or aku tergelincir dari landasan yang aku lalui ni, sekurang-kurangnya ada yang akan tarik aku. Takda laaa aku syok sendiri sorang-sorang. :)


Sepanjang aku berhijrah ni, memang banyak dugaan yang aku hadapi  Kekadang aku rasa macam aku tak mampu nak hadapi semua dugaan tu. Allah tu Maha Mengetahui. Allah lebih mengetahui kemampuan aku dan alhamdulillah~ Aku berjaya lalui semua dugaan tu. Ajaib kan kuasa Allah?? AllahuAkbar!! :) Susah macam mana pun dugaan yang aku hadapi. Aku yakin "Pertolongan Allah selalu tiba tepat pada waktunya. Tak pernah tercepat atau terlewat" :)


Jangan pernah merasakan bahawa dirimu keseorangan ketika berjuang di jalan Allah. Sesungguhnya Allah bersama dengan kita. :') Percaya laa seperit dan sepahit mana pun dugaan yang dihadapi. InsyaAllah~ kita boleh hadapi dan ada hikmah disebalik setiap kejadian. Jangan hiraukan cakap-cakap orang lain. Utamakan pandangan Allah. Semua urusan akan dipermudahkan Allah. InsyaAllah~ :'D


Wassalam :)

Listen here!!



Salam Ukhwah!


Don't use harsh word


Advertise





Template By: Her
Base code: Her
Some stuff: