Blog Owner!

Assalamualaikum!! :D Salam ukhwah fillah. Welcome to my fantasy world. I'm Paten a.k.a Patenlaa , the owner of this Blog . Be nice here. I'm not perfect and still learn to be a true Muslim. InsyaAllah :) Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Hate my blog?click Here


Blog Cik Paten :D
Thursday, 20 June 2013 • Thursday, June 20, 2013 • 0 Sweet hearts

Assalamualaikum..

Bissmillahhirrahmannirrahim...


"Ya tuhan kami, jangan Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmati kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah ( Ayat : 286 )

"Sesungguhnya orang yang beriman, orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang." - Surah Al-Baqarah ( Ayat : 218 )

"Ya tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka" - Surah Al-Baqarah ( Ayat : 201 )

Ya Allah~ :'( Sakitnya hati aku. Peritnya luka dihatiku ini. Hanya pada-Mu tempat aku mengadu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui isi hatiku. :') Selama beberapa bulan ni, aku berusaha untuk bangkit dari luka lama. Aku berusaha untuk mulakan hidup baru. Kalau dulu aku fikir aku tak mampu lakukan perubahan pada diri aku. Alhamdulillah~ Aku berjaya. :) Kekuatan yang aku dapat ni datang dari Allah. :)

Mungkin dari zahir aku nampak kuat tapi sebenarnya aku lemah. Tanpa Allah, aku bukan siapa-siapa. :') Hati aku masih lagi luka berdarah kerana dia. Hanya Allah yang mempunyai penawar untuk hati aku ni. :')
Sekarang dia sudah berbahagia dengan pilihan hatinya. Namun, hati aku masih menanti janji dia kepada aku. Menanti janji yang tak pasti. Allahu~ :'( Mungkin ini dugaan buat aku. Aku terpaksa melepaskan orang yang aku sayang. T___T Memang perit sangat. Aku yakin aku boleh. Aku percaya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. InsyaAllah~ :)

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.."



Kalau dah jodoh aku dengan dia, sejauh mana pun kami berpisah tetap akan bersama. Andai dia bukan jodoh aku, sekuat mana aku mengejar dia, kami pasti tidak akan bersama. :')



" Cinta Yang Bukan Milik Kita "
Bismilliahirrahmanirrahiim..
BERSYUKURLAH.. Kerana akan datang orang lain yang cintanya lebih besar dari dia yang dulu mencintaimu dan memutuskan pergi darimu..
IKHLASKANLAH.. Kerana walaupun dihadapanmu dia sudah baik tapi belum tentu dia yang TERBAIK untukmu..
BERSABARLAH.. Kerana yang sempurna dari yang tersempurna akan dihadirkan untukmu iaitu orang yang memang ditakdirkan untukmu..
Aamiin, insyaAllah...:')








Apa yang mampu aku lakukan sekarang ni, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Hanya dengan mendekati diri aku pada-Nya, aku merasa lebih tenang. :) Setiap pekara yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya. Jika dia tidak pergi meninggalkan aku, mungkin aku masih lagi hanyut dalam kepuasan nafsu dunia yang tidak pernah puas. Alhamdulillah~ Inilah hikmah yang aku peroleh selepas diduga Allah. Aku peroleh cinta yang hakiki dari-Nya :'D


Amin ya rabbi~ :')



Semoga aku terus kekal dilandasan yang diredhai Allah. Andai aku tergelincir lagi, tolong tarik aku. AKU HANYALAH SEORANG GADIS BIASA YANG BERCITA-CITA UNTUK MENJADI WANITA SOLEHAH. InsyaAllah~ :')


Wassalam :)


Listen here!!



Salam Ukhwah!


Don't use harsh word


Advertise





Template By: Her
Base code: Her
Some stuff: