Blog Owner!

Assalamualaikum!! :D Salam ukhwah fillah. Welcome to my fantasy world. I'm Paten a.k.a Patenlaa , the owner of this Blog . Be nice here. I'm not perfect and still learn to be a true Muslim. InsyaAllah :) Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Hate my blog?click Here


Blog Cik Paten :D
Saturday, 9 November 2013 • Saturday, November 09, 2013 • 0 Sweet hearts

Assasalamualaikum..
Bissmillahhirrahmannirahim..

Alhamdulillah for everything. :) Salam Sayyidul Ayyam. Dah baca surah Kahfi hari ni?? Sunnah tau baca surah Kahfi bermula dari maghrib malam jumaat sampai maghrib hari jumaat. Boleh elak fitnah dajjal pluss dapat pahala sunnah. *kalau info ni salah tolong tegur tau* :)

Dah hari jumaat dah hari ni. Macam sekejap je cuti mid sem ni. Tak rasa macam tengah bercuti pon. Cehh~ mengada-ngada yang amat aku ni. hihi :P Haritu balik Johor dengan cik Putri. Alhamdulillah~ selamat sampai Kluang. Walaupun sepanjang perjalan dari KL ke Kluang hujan selebat-lebat hujan. Cuak gak hati ini, takut tak sempat sampai Kluang. Sebab sebelum sampai KL, aku terkandas kat Rawang gara-gara ada train tergelincir. Alhamdulillah~ train yang aku naik okey je tapi aku terkandas kat Stesen Batang Kali gara-gara ada train tergelincir kat Stesen Rawang. Nak pergi stesen Rawang terpaksa la aku naik teksi dan sambung  naik train turun KL. Dugaan yang amat nak balik Johor. :')

Muka bahagia walaupun terkandas. hihi. with Ira & Yana. *classmate

Sampai je TBS, terus carik Cik Putri. Rindu yang amat dengan dia. Dah lama tak jumpa dia. Last jumpa dia masa cuti raya tau. Bukan raya haji tapi masa raya puasa hari tu. Dah lama kan?? Macam biasa la, Putri selalu bajet cool depan aku. Padahal dia memang rindu aku tu. Haha. Takpe~aku faham. Dia memang susah nak mengaku apa yang dia rasa. Selalu nak bajet macho dengan aku. Budak UPNM la kan?? Calon dokter tuu~ Hari Sabtu tu, Cik Putri terjah rumah aku. Bukan geti nak call nak ajak aku keluar. Geram je aku dengan dia. Kesian dia kena tunggu aku bersiap. Aku ni bukan sailormoon. Boleh bertukar sesuka hati. Yang penting, hari tu aku memang enjoy la. Sebab boleh spent time dengan budak tembam ni. hihi. Thanks my dear. :)

Muka budak excited nak balek Johor. :D Together with Puteri Nur Aqilah ;)

Hari selasa hari tu, aku keluar dengan Hana, asal memang nak keluar dengan Hana je. Tetiba tengah malam buta Rai mesej aku ajak keluar reramai. So, kiteorang keluar la reramai.  Ada Azue, Ain, Rai & Acet. Acet memang paling aku teruja sekali masa jumpa dia. Sebab last aku jumpa dia masa amik result SPM kot. Aku dah masuk U baru aku jumpa dia lagi. Pehhh!! rindu yang amat kat budak-budak ni. Haha.Dorang jumpa aku je terus dorang jerit. " Paten!! Asal kau kurus sangat??" ==" Bukan nak cakap aku makin cun ke..aku makin nampak comel ke. Sabar je laa. Aku makin kurus ke?? Aku rasa aku makin tembam ada la. Bahagia mungkin. Kihkihkih~ :P

Hangout dengan dorang ni selalu bikin otak aku masuk air tau.Yang penting memang best dapat jumpa dorang. Sedar tak sedar, dah lama kiteorang berkawan. Siapa sangka masing-masing sekarang ni dah masuk U. Kalau nak diikutkan,masing-masing muka memang takda harapan nak masuk U masa zaman sekolah dulu. Alahmdulillah~ Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kiteorang. Akhirnya, semua dapat masuk U :)
Sekarang ni, tengah tunggu siapa yang naik pelamin dulu. Memasing dah ada pilihan hati masing-masing. Aku harap dorang cepat naik pelamin. Aku tak sabar nak makan nasi minyak ni. Hihi. :D

Jujur dari hati, kau nampak comel masa ni. :)

InsyaAllah~ muka-muka bakal jadi ummi muda. :)


Acet, hana, rai, azue and baby :)

Acet nampak selesa je pegang baby. Ni anak sedara dia yang kedua.  :)

Sebelum balik tu, kiteorang singgah hospital. Jenguk kakak acet baru lepas bersalin. Seronoknya tengok baby. yang penting bau baby baru lahir memang wangi. Orang cakap bau baby baru lahir tu bau syurga. Wangi~ Bila tah dapat dukung baby sendiri?? *okeyy~ sabar boleh kan paten??* hihi :P Semoga baby jadi anak yang soleh yerr.. Anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya serta kepada agama. insyaAllah~ :)


Mohd Farish Arsyad. Semoga jadi anak yang soleh yer sayang. :)

Ya Allah, pelihara ukhuwah ini.
Sungguh aku sangat menyayangi mereka kerana-Mu.
Semoga mereka ditempatkan dibawah perlindungan dan rahmat-Mu,
Amin ya rabbi~
Ukhuwah fillah abadan abada!!
Bersahabat selamanya kerana Allah!! :'D


Last sekali, muka bakal ummi muda. Hiks!! xp
InsyaAllah~ :)

-Sorry, entry ni lambat post. Tak sempat nak post masa hari jumaat. huhu. :)


Wassalam. :)

Listen here!!



Salam Ukhwah!


Don't use harsh word


Advertise





Template By: Her
Base code: Her
Some stuff: