Blog Owner!

Assalamualaikum!! :D Salam ukhwah fillah. Welcome to my fantasy world. I'm Paten a.k.a Patenlaa , the owner of this Blog . Be nice here. I'm not perfect and still learn to be a true Muslim. InsyaAllah :) Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Hate my blog?click Here


Blog Cik Paten :D
Tuesday, 26 November 2013 • Tuesday, November 26, 2013 • 1 Sweet hearts

Assalamualaikum

Bissmillahirrahmannirrahim....

Alhamdulillah~ Aku masih lagi bernafas pada hari ni. Allah masih lagi berikan aku peluang untuk aku memperbaiki diri dan meraih cinta dari-Nya. :')


Apa pelindung diri kita??


Sedarkah Hawa?? Diri kita ini sangat berharga. Allah sangat sayangkan diri kita. :')


Bagaimana kita melindungi diri kita??


Bagi aku, tudung dan pakaian aku adalah pelindung diri aku. Alhamdulillah~ Allah buka hati aku untuk aku menutup aurat diri aku dengan sempurna. :)


Macam mana tudung dan pakaian tu melindungi diri kita??


Dear Hawa, kita adalah salah satu ciptaan Allah yang terindah. Allah cipta kita dengan kecantikan yang tersendiri. Fitrah manusia juga suka melihat kecantikan. Allah telah memerintahkan kita supaya kita menyimpan kecantikan kita ini untuk yang lebih berhak iaitu Encik SUAMI *ter-caps lock suda* xp

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Surah An-Nur (24:31)

Ini perintah Allah. Tanda cinta Allah kepada hamba-Nya. Percayalah!! Setiap aturan Allah untuk kita ada HIKMAH di sebaliknya. Ini pelindung diri kita, Hawa. Ini pelindung kita dari panahan mata lelaki ajnabi. Ini adalah usaha kita untuk membuktikan rasa cinta kita kepada-Nya. :')

Kita tinggalkan larangan-Nya, kita laksanakan perintah-Nya. :) Bersyukurlah, kita adalah golongan yang mudah untuk masuk ke syurga Allah dan kita juga adalah golongan yang paling senang masuk ke neraka Allah. Nauzubillah!! 

Langkah-langkah untuk menutup aurat dengan betul. :)

1. Labuhkan tudung itu sehingga melepasi bahagian dada dan bahu. Pastikan kain tudung tersebut tidak jarang. Jika kain tudung itu jarang, pakailah inner tudung yang tidak ketat sebelum memakai tudung tersebut. :) Mungkin berasa panas sikit tapi takpe, panas kat dunia apa laa sangat kalau nak dibandingkan panas api neraka nanti. Setiap titisan peluh yang mengalir kerana menutup aurat itu, insyaAllah ada ganjaran pahala yang menanti. :)

Gambar hiasan :)

2. Longgarkan baju dan seluar yang dipakai. Pastikan baju tersebut labuh melepasi bawah punggung. Baju dan seluar tersebut tidak jarang, sekiranya jarang, pakai laa something like inner or kain dalam tau. Buruk benor la nampak "dua tiang" kalau kain atau seluar itu jarang. :) 

3. Pakai laa handsock. Tau tak handsock tu apa?? Korang mesti tau kan?? kalau tak tau, korang tanya Uncle Google yerr. :) Perlu pakai handsock tu sebagai perlindungan tambahan. Mana laa tau kan, tetiba lengan baju korang terselak ke hape ke. Terdedah la tangan korang yang gebu tu. Kesian Encik Suami, tangan bakal isteri dia dah ada yang nampak. Korang mesti tak nak macam tu kan? So, pakailah handsock tu. :)

Ni aku pakai handsock jejari :)

4. Jangan lupa pakai stokin tau. Ramai yang ambil mudah pasal pemakaian stokin ni. Awak... Awakkk... Daannn awakkkk semua.... pakai stokin ni WAJIB tau. Kaki pun sebahagian daripada AURAT muslimah. Kita kena tutup SELURUH TUBUH  kita kecuali kedua-dua tapak tangan dan muka. Maknanya kaki pon kena tutup tau. Pakai stokin tu. Bukan susah pon kan?? :) Pastikan stokin tersebut tidak terlalu pendek dan jarang.


Biasakan diri memakai stokin sebelum keluar rumah :)

Tips sebelum keluar rumah.

Pastikan apa yang kita pakai sebelum keluar rumah adalah pakaian yang Allah redha. Sebelum keluar rumah tu, beleklah diri tu kat depan cermin lama-lama. Tanya pada diri, "Allah redha ke dengan pemakaian aku ni?" Pastikan tudung tu tidak jarang dan terlalu singkat, baju, kain atau seluar tidak jarang atau ketat, jangan lupa pakai stokin dan handsock. Last sekali, sebelum keluar rumah, niat dalam hati "Aku ingin mencari redha Allah." Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri ini dan sahabat fillah. :)

Semoga kita semua kekal dilandas iman.
Semoga Allah redha dengan kita.
Belajar untuk memaafkan semua orang.
Jangan berdendam. :)

Wassalam

Listen here!!



Salam Ukhwah!


Don't use harsh word


Advertise





Template By: Her
Base code: Her
Some stuff: